Isnin, 23 September 2013

SALAHKAH AKU

Pagi yang indah itu bertitis darah
suasana ceria itu bergamat dengan riuh rendah
senyum manis berbaur resah gelisah

Aku telah terlanggar motosikal anak gadis orang
aku terlanggar motosikal budak sekolah
aku rasa sangat bersalah

Tatkala aku memandu seperti biasa
menghantar isteriku ke sekolahnya
dia seorang guru sekolah rendah
menghantar anak manjaku
dia anak murid pendidikan khas

Tetapi laluan biasaku kini celaru
anak gadis itu tiba-tiba melintas di hadapanku
dengan sebuah motosikal
apa yang harus aku buat?

Aku mengelak tapi masih terkena
Ya, Allah, anak itu tersungkur
tidak bangun pada mulanya
aku meluru
ku lihat dia menutup mulutnya yang berdarah

Bergegas rakanku membawanya ke hospital
aku mengekori mereka
aku cuba menenangkan hati
aku dengar keresahan anak gadis itu
aku lihat kerisauannya
air mukaku berubah
pilu seorang bapa melihat anak gadis begitu
apakah aku bersalah

Apakah aku bersalah
tidak dapat mengelak kejadian berlaku
tidak dapat menenangkan jiwa resah anak itu

Walau aku mengaku bersalah
berada dalam situasi itu
aku sedar akan takdir telah tersurat
biar berkali-kali aku mohon maaf
tetapi punca kemalangan adalah kamu
kau melintas betul-betul di depan aku
apakah itu salahku?

NUKILAN
MUHAMMAD ZAHIDIL ZAHID

Tiada ulasan: