Selasa, 5 Ogos 2008

UPSR KIAN

UPSR KIAN
menjelang tiba
memanggil murid-muridku menghadapinya
mengelui hari-hari agar terus berlalu

UPSR KIAN
mencabar kesabaranku
menduga kesediaanku
menguji keilmuanku

UPSR KIAN
menghimpit masa senggangku
menghiris waktu tidurku
mengoyak jendela khazanahku

UPSR KIAN
membelai
mengapai
memimpikan kesenyuman.

MUHAMMAD ZAHIDIL ZAHID
Foyer Tun Abdul Razak

3 ulasan:

Cikgu Laila berkata...

Assalamualaikum
Pohon izin menggunakan pantun cikgu yang menarik.
Terima kasih

mohdpuzi berkata...

Assalamualaikum Cikgu,
Mohon izin guna pantun cikgu yang menarik.
Terima kasih.

Unknown berkata...

Salam cikgu...mohon izin untuk menggunakan pantun cikgu.. semoga cikgu sentiasa dilimpahi rahmat dan kesihatan yang baik untuk terus berkongsi koleksi pantun terbaik ini.