Khamis, 11 Ogos 2011

500 TAHUN TERDAHULU

Di situlah bangsaku berniaga
di situlah bangsaku beragama
di situlah bangsaku terdidik dan mulia
di situlah bangsaku beraja dan bertahta

500 tahun lalu
Hang Tuah berkata, "Takkan Melayu hilang di dunia"
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Tome Pires, berkata, “barang siapa
dapat menguasai pelabuhan Melaka
mereka akan dapat mencekik leher Venice”

Kata Mendeliar kepada Kitul, “Adapun untang tuan hamba seketi itu
halallah dunia akhirat. Tuan hambalah saudara hamba”

500 tahun lalu
Melaka dijajah
Apakah setelah 500 tahun, nagaraku akan terjajah semula?

NUKILAN
MUHAMMAD ZAHIDIL ZAHID

BERSIAP

Bersahurkah kamu
sahur itu ada berkat
bersahurkah mereka
hidup mereka melarat
hidup mereka merempat
hidup mereka tidak bertempat
bersahurkah mereka di bumi Somalia
kerana ketandusan, peperangan, kebuluran, darurat
berpuasalah
mereka sentiasa mencari waktu berbuka

NUKILAN
MUHAMMAD ZAHIDIL ZAHID