Wednesday, August 27, 2008

UPSR

Belajarlah
Bersedialah

Menghadapi ujian ini
Mengatasi kemelut ini
Memecah kebuntuan ini

Semoga ujian nanti berjaya
Semoga ujian nanti berbaloi
Semoga ujian nanti menjanjikan kejayaan

Selamat menghadapi UPSR

Nukilan
Muhammad Zahidil Zahid

Friday, August 15, 2008

Masih aku terasa

Masih aku terasa
kata-kata berbisa
bicara berbahaya
nada bernoda

Masih aku terasa
senyuman kelat
bisikan pedas
laungan keras

Masih aku terasa
sentuhan kematu
belaian gerutu
jelingan bisu

Masih aku terasa
dibera minda
didera jiwa
didera rasa

Masih aku terasa
tiada sudahnya bicara sedih
tiada selesainya tangisan kasih
tiada surutnya tawa rintih

Masih aku terasa
siapa kawan siapa lawan
siapa rakan siapa bukan
siapa aku siapa dia

Kerana aku masih aku
tetapi entah siapa dia kini
tiada lagi kehebatan di dirinya
tiada lagi karisma diraut wajahnya
tiada lagi ketokohan peribadi dijiwanya

Kerana aku makin mengetahui
keangkuhan membunuh perasaan
keegoan membunuh persahabatan
kebongkakkan membunuh minda

Aku harap dia mengerti
terguris dulunya
kini menjadi calar
kini menjadi kudis
kini menjadi barah

Sebelum parah
berubahlah
bertaubatlah

kerana kita masih hidup
kerana kita manusia
siapa kita di sisi yang Maha Esa.

Nukilan
Muhammad Zahidil Zahid
15 Ogos 2008

Saturday, August 9, 2008

Masih belum

Masih suram
masih samar
masih sepi

belum terdengar
belum terpapar
belum terbentang

cerita merdeka
ceria merdeka
suasana merdeka

Kenapa...
tak macam dulu
tak seperti yang lalu
tak semeriah waktu itu...

Mungkin belum tiba masanya
mungkin ada cerita lain mengganggu
mungkin hanya aku tak tahu

Aku tetap menunggu
aku tetap bersedia
aku tetap aku

Menanti detik merdeka
kerana aku
anak merdeka

nukilan muhammad zahidil zahid

Tuesday, August 5, 2008

UPSR KIAN

UPSR KIAN
menjelang tiba
memanggil murid-muridku menghadapinya
mengelui hari-hari agar terus berlalu

UPSR KIAN
mencabar kesabaranku
menduga kesediaanku
menguji keilmuanku

UPSR KIAN
menghimpit masa senggangku
menghiris waktu tidurku
mengoyak jendela khazanahku

UPSR KIAN
membelai
mengapai
memimpikan kesenyuman.

MUHAMMAD ZAHIDIL ZAHID
Foyer Tun Abdul Razak