Jumaat, 11 Oktober 2013

TERLENA ANAKKU

Nur 'Aisyah Zahraa
anak abah
bangun
bangun anak abah
bangun manja abah
bangun sayang abah
bangun 'Aisyah

Lenanya yang lena selenanya
lenanya berbekal ubat sebelum lena
lenanya yang panjang
dek ubat sawan itu yang memang melenakan

Nanti bila 'Aisyah bangun
lempar senyuman buat abah
lontar suara buat umi
bangun berjalan buat kami

Telah lama kami menanti 'Aisyah bercakap
telah lama kami menunggu kita berbual bersama
sudah 12 tahun usiamu anakku 'Aisyah
namun senyum dan tangis sahaja bicaramu

Nur 'Aisyah Zahraa
bangun
lena sungguh anakku

Nulikan
MUHAMMAD ZAHIDIL ZAHID


Tiada ulasan: