Khamis, 22 Ogos 2013

BERKIBARLAH

Kaulah jiwa kemuliaan
kaulah panji keazaman
kaulah pusaka kemenangan
kaulah warna kemerdekaan

Birunya kamu berkat kesepakatan
Putihnya kamu suci kemuliaan
Kuningnya kamu gah kedaulatan
Merahnya kamu tegas keperwiraan

Berkibarlah kamu
walau di hutan belantara
walau di puncak dunia
walau di dasar lautan
walau di kota raya
walau di cakrawala
walau di mana jua

Kerana aku bangga
kau lambang berjaya
kau simbol negara
kau citra cerita bangsa
kau banyak jasa

Berkibarlah
kibarkanlah bersama-samaku
kalian turut sama-sama mengibar
berkibar-kibarlah kau di bumi Malaysia
semerbak namamu Jalur Gemilang

NUKILAN
MUHAMMAD ZAHIDIL ZAHID

1 ulasan:

Sri Tinta berkata...

assalam..bagus sajak ni..
simple dan mudah faham.
ada karya seni yang hebat.tahniah.