Khamis, 24 Julai 2008

PANTUN MAJLIS

PANTUN PEMBUKA ACARA

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Jejaran mengkudu berbias kesuma,
Di celah angsana di Tanah jawa;
Ucapan aluan pembuka bicara,
Di dewan gemilang kita bersua.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Sebelum pelang mengail ikan;
Kehadian tuan, kami alukan,
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

Mawar di taman mekar nan indah,
Harum mewangi di rumpun serai;
Terukir senyuman pembuka kalimah,
Selamat datang tuan dirai.

Burung tempua hinggap merata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mula kata,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bunga gantang di jeti Peramu,
Indah warnanya bagaikan bara;
Selamat datang para tetamu,
Dengan izin dimulakan acara.

PANTUN BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Kalau pergi Kampung Keramat,
Jangan lupa membeli tongkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.


PANTUN JEMPUT MAKAN

Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Terbang rendah burung tempua,
Hinggap berdua di dahan ara;
Hidangan di meja sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

Batu Feringgi pantainya indah,
Ramai pelancong ke Bukit Bendera;
Majlis kita selesai sudah,
Kini masanya menjamu selera.

PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN

Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Kumbang terbang di pinggir pekan,
Terbang seiring ke pohon ara;
Ucapan sejahtera salam mulakan,
Bagai tanda mulanya acara.

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Indah ciptaan di waktu senja,
Mentari muncul merah menyala;
Salam disembah memula acara,
Selamat datang kepada yang ada.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

PANTUN JEMPUTAN UCAPAN

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

PANTUN UCAPAN PERASMIAN

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

PANTUN DI AKHIR MAJLIS

Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh tepi jambangan;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Kuih bahulu tradisi kita,
Ketupat rendang pembuka selera;
Tangan dihulur maaf dipinta,
Agar ukhwah terjalin mesra.

PANTUN BUAT WARGA EMAS

Bulan purnama ke pekan Kuah,
Di tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harum mewangi.

Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.

Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu.

Anak dara ke Tanjung Batu,
Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.

Bukan gua sebarang gua,
Gua penuh pusaka bonda;
Bukan tua sebarang tua,
Tua penuh ilmu di dada.

Pergi ke Nilai membeli jamu,
Jamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.

Tidak goyah pancang seribu,
Tika masih badai menderu;
Engkau ayah engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.

Pohon beringin tepi keramat,
Dengar siulan diufuk barat;
Kalau ingin hidup selamat,
Buat bekalan untuk akhirat.

Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.

Pintal kapas menjadi benang,
Tenun benang menjadi sari;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang meracun diri.

Pohon senduduk baru di tanam,
Sayang mati di pijak pak tani;
Dari duduk baik bersenam,
Senang hati sihat jasmani.

Apa guna siparang panjang,
Kalau tidak dengan tujuan;
Apa guna berumur panjang,
Kalau tidak dengan amalan.

Timba suasa ditepi kali,
Buat menyimbah si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri.

Betik muda buat halwa,
Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa.

256 ulasan:

1 – 200 daripada 256   Terbaru›   Baru»
Cikgu Md Zaidi berkata...

Assalamualakium.Saya merasa bangga dengan usaha cikgu dalam memartabatkan pantun.Satu usaha yang baik dan diharap cikgu dapat memaparkan koleksi pantun yang terkini terutamanya pantun-pantun yang berkaitan dengan majlis-majlis rasmi.

ahmad zaidy berkata...

Terima kasih cikgu, malam ni saya akan jadi pengerusi majlis rasmi yg besar, Pantun cikgu akan banyak membantu, insyaallah

Ustaz Own berkata...

syukran... bagus..sedap pantun..

riena adam berkata...

terima kasih atas pantun2 anda, menjadi penghias kad dan majlis...

Oasis berkata...

salam cikgu...

Saya mohon izin untuk menggunakan beberapa pantun cikgu untuk acara majlis sambutan merdeka nanti. Terima kasih jika diizinkan.

azliza berkata...

trima kasih cikgu kerana mncipta pantun y indah,minta izin jika digunakan bila mndapat tugas mnjadi mc

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan..
Saya mohon izin menggunakan pantun tuan utk tugas sebagai mc majlis di sekolah. Budi dan jasa baik tuan Allah saja dapat membalasnya

CerItAhATi berkata...

salam...

indah pantun dari cikgu..saya mohon izin untuk menggunakan pantun ini bagi tugasan saya sebagai pengaca majlis pada hari esok...terima kasih..

BGurlz berkata...

pantun2 yg disediakan mmg menarik...izinkan saya menggunakan sebahagian pantun cikgu ini utk majlis makan malam sekolah kami...

Anum Syahdu berkata...

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana cikgu telah menyemarakkan koleksi pantun terutama pantun majlis. Sebelum itu saya mohon izin cikgu menggunakan pantun-pantun tersebut di dalam teks pengacaraan saya. Semoga usaha murni cikgu ini dapat dikongsi oleh lebih ramai orang lagi.
Terima kasih daun keladi.

Emmer_Zarith berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Emmer_Zarith berkata...

Salam. Mohon izin gunakan pantun tuan. Sedap semuanya.

Unknown berkata...

mintak izin gunakan pantun cikgu untuk mc majlis esok malam. tq yer

Tanpa Nama berkata...

mohon guna yer...

=)

mohd zul hifdzi berkata...

SALAM CIKGU,

Mohon dihalalkan pantun ini untuk kegunaan saya nanti.
nak guna dalam majlis nanti.
tq banyak cikgu.semoga panjang umur dan murah rezeki

Unknown berkata...

Assalamua'laikum cikgu,

Terima kasih atas sumbangan pantun2 cikgu ini. saya memohon kebenaran cikgu untuk menggunakan sebahagian dari koleksi pantun2 cikgu ini untuk satu majlis di tempat kerja saya.

Ucapan terima kasih saya dahulukan buat cikgu.

Unknown berkata...

tq cikgu atas pantun2 ni...saya minta izin gunakannya untuk ucapan saya boleh? jemputlah ke blog saya...

KyReatif Media berkata...

Akhir jumpa jua PANTUN2 YG INDAH..
TQ Cikgu..izinkan saya buat simpanan pantun-pantun ini..

TERIMA KASIH DAUN KELADI
MINTAK IZIN PANTUN DI COPY..

Becky berkata...

Salam Cikgu.....terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dgn semua....saya mohon kebenaran cikgu untuk menggunakan beberapa rangkap pantun cikgu utk majlis2 di tempat kerja saya...sekian terima kasih

Mazlah binti Mohamed berkata...

Assalamualaikum...tahniah kerana berjaya menghasilkan pantun yang baik dan boleh memberi manfaat kepada semua..saya mohon untuk menggunakan pantun tuan ye..

Unknown berkata...

salam cikgu, saya mohon izin untuk menggunakan pantun-pantun cikgu ya. terima kasih banyak-banyak atas usaha cikgu ini yang banyak membantu kami semua.

Coach Ruddy M.Hams (Mr. Mentor) berkata...

Tahniah cikgu, pantun-pantun sungguh indah dan puitis. Mohon izin untuk saya gunakan semasa mengacarakan majlis. Terima kasih daun keladi.

Cik Ieda berkata...

Salam cikgu.. apa khabar?? Pantun cikgu sangat menarik dan kreatif.. Izinkan saya menggunakan pantun cikgu untuk Jamuan Makan Malam Diraja USM nanti ye?? Terima kasih banyak ye cikgu.. Saya doakan semoga ckgu dapat hasilkan banyak pantun yang menarik lagi.. Pantun itu sungguh indah bagi insan yang tahu menilai...

SyaHans berkata...

salam cikgu. sungguh indah pantun2 cikgu tu. minta kerjasama dari cikgu, izinkn saya mggunakan beberapa rangkap pantun dari sini unuk majlis rasmi di sekolah. terima kasih

rohaadam berkata...

salam,
mohon guna pantun cikgu yer

Unknown berkata...

minta izin guna pantun cikgu untuk majlis esok. TERIMA KASIH.

Rita berkata...

minta izin utk guna pantun2 untuk pengacaraan majlis

Cikgu Laila berkata...

Salam
Sedap pantun-pantun ni.Minta izin utk guna di majlis sekolah saya

Who Am I? berkata...

minta izin untuk guna pada majlis rasmi jabatan saya.tq

Abdulw berkata...

Syabas Cikgu! Pantun-pantun yg cukup indah. Izin kan saya dan generasi kita yg akan datang menggunakan nya untuk perkembangan budaya dan bangsa.

AbdulW

Nizam7989 berkata...

Assalamualaikum cikgu... Moga Allahr merahmati cikgu dengan bermurah hati berkongsi pantun dihalaman ini. Izinkan saya menggunakan hasil cikgu ini bagi tujuan memjadi pengacara majlis. Mudah-mudahan Allah memberikan cikgu rahmat dan kebahagian atas apa yang cikgu usahakan ini.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih saya ucapkan kepada cikgu kerana memaparkan koleksi pantun yang begitu membantu..

zuki berkata...

Salam. Cikgu, mohon untuk menggunakan beberapa pantun cikgu bagi kegunaan majlis rasmi saya esok. Pantun-pantun cikgu banyak membantu. Teruskan usaha murni cikgu ini. Tahniah!!! Terima kasih.

bondalesungpipit berkata...

Assalamualaikum cikgu...Minta izin untuk menggunakan pantun cikgu untuk majlis persaraan Tn Timbalan saya pada 24 mei ini...

Unknown berkata...

kasih zahid

Unknown berkata...

bebanyak tq ye

azam88 berkata...

mohon guna pantun tuan untuk kegunaan saya sebagai emcee.....

sophia berkata...

Hebat! :)

IMAN BALING berkata...

Assalamualaikum,
Mohon guna pantun tuan dalam majlis di jabatan saya.
Terima kasih.

Unknown berkata...

wow, memang seorang sasterawan yang hebat..Cikgu memang seorang yang murah hati , sudi share pantun kepada semua orang ..saya juga minta izin utk digunakan sebagi Mc majlis ..thanks..

Syed Azman Syed Ismail (S.A.S.I) berkata...

Assalamualaikum. Mohon guna pantun dalam teks saya. terima kasih.

me berkata...

assalam cikgu, saya mohon untuk menggunakan pantun2 cikgu dlm teks pengacara majlis saya ya. Majlis ini nanti insyaAllah akan dihadiri oleh menteri kementerian saya nanti. terima kasih banyak2 ya.

amy.

CieNta berkata...

alhamdulillah pantun tn senantiasa membantu saya dalam majlis besar..n terbaru majlis yang dihadiri TYT melaka n menteri dalam negeri ...tambahlah lagi pantun2 yang baru

Wan Zawawi berkata...

salam,

Mintak izin untuk menggunakan pantun dari cikgu ni yer,
Semoga cikgu diberkati oleh Allah s.w.t

drdrugohawks berkata...

Assalamualakum dan terimakasih Cikgu kerana menyelitkan pantun yg indah bagi sesuatu majlis. Saya mohon izin cikgu utk gunakan sebagai penyeri dimajlis saya nnt. Terimakasih.

A berkata...

usaha yang sangat baik.
tahniah dan terima kasih.

Atiqah Shaharuddin berkata...

salam cikgu..minta izin gunakan pantun2 ni untuk kegunaan...terima kasih...

zainon berkata...

Salam cikgu

Mohon izin guna 2 pantun utk majlis kolej. T.Kasih.

itikberdansa berkata...

terima kasih cikgu...mohon izin untuk menggunakan pantun cikgu dlm pengendalian majlis.

myezatul aQma berkata...

salam cikgu
sy mohon izin menggunakan pantun cikgu dalam klas pmbntgn sy nanti.
terima kasih..
pantun2 cikgu indah!

nur cahaya berkata...

Assalamualaikum,
pantun yang sangat berguna untuk majlis kami...mohon guna ya. terima kasih

boxborn berkata...

terima kasih cikgu..cikgu memudahkan kerja2 orng yng nk jd mc...moga2 ALLAH mdahkan jua kerja cikgu...

Unknown berkata...

terima kasih kerana sudi berkongsi pantun yang indah-indah ini untuk tatapan semua! izinkan saya mengambil beberapa rangkap pantun untuk majlis pada esok hari!

Chaoi berkata...

saya juga ambil pantun dari sini utk majlis jamuan malam ini..terimas kasih ya..semoga Allah mmberkati usaha anda..

Unknown berkata...

Assalamualaikum ckg...
Indahnya pantun ckg.Tahniah atas usaha murni ckg memartabatkan puisi tradisional Melayu. Semoga Usaha ckg diberkati Allah. Mohon izin ckg utk menggunakan pantun ini dalam majlis-majlis rasmi ya.

Unknown berkata...

assalamualaikum. terima kasih kerana sudi berkongsi pantun2 yg cukup indah ini. Izinkan saya menggunakannya untuk majlis saya nanti. terima kasih.

Syasya Zaid berkata...

mohon untuk menggunakan beberapa rangkap pantun cikgu untuk majlis makan malam ibu saya nanti. terima kasih.

Unknown berkata...

salam tuan,

mohon izin untuk menggunakan pantun-pantun tuan untuk kegunaan di majlis-majlis.


terima kasih

Noraida Rasihid berkata...

Assalammualaikum cikgu...mohon izin menggunakan beberaparangkap pantun cikgu untuk kegunaan majlis rasmi di sekolah saya ahad ni....terima kasih daun keladi...

bondalesungpipit berkata...

Salam 1 Malaysia...mohon izin menggunakan pantun2 cikg yg ader d blog nie...time kaseh...Moga usaha cikgu diberkati Illahi...

Unknown berkata...

salam.
erk,cikgu.sya amek serba sedikit pantun cikgu yerk.
isnin depan saya akan adi pngerusi mjlis rasmi.
terima kasih byk yerk !
:)

mira berkata...

mengapa saya lihat pantun2 tuan ada di www.epbt.gov.my/sumber/donlot/dokumen/koleksi_pantun_majlis.pdf?adakah karya tuan benar2 asli atau diceduk dari sini?

tee berkata...

salam cikgu,

mohon share pantun d sini... amat berguna sekali bagi saya yg akan mengacarakan majlis pada ahad ini.. terima kasih sekali lagi...

Salehuddin berkata...

Assalamualaikum WBT. Cikgu, mohon izin untuk menggunakan beberapa rangkap pantun cikgu di dalam majlis yg akan saya pengerusikan malam ini. Terima kasih.

TAYABU MOHAMED GANI berkata...

Salam tuan. Usaha murni cikgu dalam memartabatkan BAHASA MELAYU. Saya berterima kasih kepada tuan kerana dapat membantu saya mengendalikan majlis sekolah dengan pantun yang sesuai. Terima kasih

BLOG DAYANG berkata...

salam...
terima kasih kepada cikgu, saya juga mohon kebenaran untuk menggunakan pantun cikgu untuk memudahkan kerja saya menjadi pengerusi untuk majlis esok...terima kasih

Unknown berkata...

salam. tq banyak2... hidup sebagai mc majlis rasmi sememangnya mendebarkan...apatah lagi bila kekeringan pantun. jika diulang... bosan mendengarnya. pantun2 sahabat bnyk memudahkan saya.... tq tidak terhingga. anugerah Tuhan pada sahabat tidak ternilai harganya.

aishah berkata...

salam...cikgu..saya mohon kebenaran cikgu untuk menggunakan beberapa pantun cikgu.. InsyaAllah saya akan menjadi pengerusi majlis untuk satu mejlis rasmi..terima kasih tidak terhingga...(^_^)V...

aishah berkata...

salam...cikgu..saya mohon kebenaran cikgu untuk menggunakan beberapa pantun cikgu.. InsyaAllah saya akan menjadi pengerusi majlis untuk satu mejlis rasmi..terima kasih tidak terhingga...(^_^)V...

mamaqaseh21 berkata...

salam cikgu.. mohon halalkan nak ambik pantun cikgu sebagai rujukan.. nak buat teks pengacara melibatkan majlis Menteri Besar.. TQ banyak2

Unknown berkata...

Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini. Knowledge is sharing..

Unknown berkata...

Thank you..knowledge is sharing..

Portdy berkata...

pohon izin guna pantun2 ini, tq

NMH berkata...

assalamualaikum, saya memohon untuk menggunakan pantun cikgu untuk ujian lisan saya..terima kasih.=)

Adrilla JR berkata...

cikgu..saya adrilla bt md janis mohon izin menggunakan pantun cikgu...moga dihalalkan ilmu yang diperolehi..banyak membantu saya...terima kasih :)

Hamba Yang Berdosa berkata...

Assalamualaikum...saya ingin meminta izin untuk menggunakan pantun2 untuk tujuan majlis makan malam. Doakan saya boleh menjadi MC yang baik dan perjalanan majlis saya lancar..amin

aLya maNip berkata...

salam..minta izin nak guna pantun nie utk majlis makan malam :)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualakium... sy nk mintak izan nk gunakan pantun cikgu...

staircasestowry berkata...

salam....
terima kasih sy ucapkan..
mohon halalkan sy menggunakan pantun cikgu buat majlis rasmi sy esk..terima kaseh banyak cikgu...sesungguhnya gurulah yg memberikan cahaya n mendidik memajukan bangsa..syukran..

Alia Jamal berkata...

Assalamualaikum...

Salam dihulur, maaf dipinta,
Pantun tuan saya nak guna,
Dalam majlis di tempat kerja,
Di sana saya jadi MCnya.

Alia Jamal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

assalamualaikum.. cikgu best pantun yg ditulis.. saya ingin menggunakan pantung yang ditulis cikgu.. terima kasih... :)

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Terima kasih banyak-banyak. Saya dapat gunakan pantun cikgu untuk majlis sukan pada petang ini.

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

info yg sgt2 berguna ..mohon izin saya gunakan didalam skrip pengacara majlis saya ..mohon halalkan .. terima kasih banyak2 ;-)

ADQ boutique berkata...

Assalamualaikum.... Saya mohon izin untuk menggunakan beberapa pantun cikgu untuk kursus yg akan diadakan x berapa lama lg. Terima kasih serta minta dihalalkan ye cikgu.

ADQ boutique berkata...

salam cikgu,

saya selaku mc untuk kursus yg akan diadakan tidak berapa lama lg ingin minta izin dr cikgu untuk menggunakan beberapa pantun cikgu yg indah dh bersesuian dengan majlis sy. harap diizin dan dihalalkan ya cikgu....

wslm,
Reen

suwardi berkata...

Assalamulaikum cikgu...Izinkan saya menggunakan pantun-pantun yg cikgu buat ini untuk majlis di sekolah saya....

D'ARK Librarian berkata...

SALAM.cikgu
sy mhn kbnrn untuk mgunakan pantun2 cikgu ya untuk mjlis mkn mlm university sy ya.
pntun ckgu amt mmbntu.

D'ARK Librarian berkata...

SALAM.cikgu
sy mhn kbnrn untuk mgunakan pantun2 cikgu ya untuk mjlis mkn mlm university sy ya.
pntun ckgu amt mmbntu.

Oh My Irma! berkata...

salaam, cikgu. saya tertarik dengan pantun-pantun karangan cikgu. saya i ingin mohon kebenaran cikgu untuk menggunakan beberapa rangkap pantun ini untuk kad undangan perkahwinan teman saya, boleh ke?

BungaHati berkata...

Assalamu'alaikum....
terima kasih sangat2 atas usaha anda memartabatkan pantun melayu.... saya mintak izin untuk mengambil sepantun dua untuk tugasan saya sebagai MC majlis rasmi.... terima kasih banyak2...

insan biasa berkata...

salam. saya nak minta izin untuk menggunakan pantun cikgu.harap cikgu benarkan.

cyzalee berkata...

Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini... Saya selalu meminjmnya...
:)

zaza berkata...

may i share the pantun..

Mohd Azlan Mahzan berkata...

mohon share :)

Mohd Azlan Mahzan berkata...

mohon share :)

Norhadip berkata...

best.. izinkan saya menggunakan pantun ini untuk majlis2 keramaian

Ibu (Ckg Shidah) berkata...

Assalamualaikum..tahniah kerana cikgu berjaya menghasilkan koleksi pantun yang menarik dan amat membantu mereka yang bertugas menjadi pengacara. Saya juga minta izin nak guna pantun cikgu dalam majlis rasmi di tempat kerja saya nanti. Terima kasih......

mas berkata...

Assalamualaikum cikgu...pantun yang puitis, tak jemu didengar...mohon izin mencetak kembali pantun2 tertentu untuk sy gunakan semasa menjadi MC....terima kasih...budimu tuan tak kan ku lupa...

nazhatul_sudeh berkata...

assalamualaikum, halalkan dan izinkan saya menggunakan pantun cikgu ye.. saya ingin menggunakannye sekirannya terdapat majlis di ipta saya

Coklat Penang berkata...

salam..mohon menggunakan pantun pembuka acara...terima kasih

Admin Skub berkata...

Mohon izin menggunakan pantun2 tuan. Terima kasih.Ia sangat membantu saya.

aisyah berkata...

mohon izin menggunakan pantu2 yang terdapat di blog ini, terima kasih

Cik Bakawali89 :) berkata...

Slm...tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas..Pantun-masih lagi relevan dalam mna2 majlis,majlis rasmi trutamanya...malah jadi penghias bait-bait kata yang dilontarkan si pengacara majlis...
manisnya budaya melayu..sOpan bicaranya,lembut pula tutur katanya....
(^_^)
mohon untuk gunakan dalam teks pengacraan majlis saya.... :)

Ticer Oja berkata...

salam cikgu, mohon share pantun cikgu ye. terima kasih x terkata. Allah saja lah yg mampu membalas budi cikgu :)

Nurulhana Hussain berkata...

Assalamualaikum. Saya mohon untuk gunakan pantun cikgu dalam skrip pengacaraan saya. Semoga Allah permudahkan urusan cikgu.

Isara berkata...

Assalamualaikum....mohon kongsi beberapa rangkap pantun untuk Majlis Penutupan Bulan Bahasa Melayu. Jasa tuan dalam bidang ini amatlah dibanggakan. Terima kasih daun keladi....

fizah berkata...

Cikgu,

Saya mohon izin untuk menggunakan pantun cikgu dalam teks pengacara majlis saya. Budi baik cikgu amat saya hargai.

nazeerah berkata...

assalamualaikum,

mohon izin untuk menggunakan pantun-pantun cikgu, ya.

terima kasih daun keladi :)

jannah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
jannah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
jannah berkata...

salam...selamat berpose..
pantun2 cikgu indah2 belaka..
mohon izin copy yer...
mekaseh...

wawa berkata...

IZINKAN SAYA MENGGUNAKAN PANTUN TUAN UNTUK MAJLIS SAYA...TERIMA KASIH

wawa berkata...

izinkan saya gunakan pantun tuan....tq

RASYIDI... berkata...

mohon untuk guna ye..terima kasih

RASYIDI... berkata...

mohon gun pantun..TQ

n.u.r.u.l berkata...

Assalamualaikum cikgu, ingin meminta izin cikgu utk saya gunakan dalam majlis perkahwinan saya..harap dapat kebenaran cikgu..terima kasih sangat2 jika membenarkan..

mama fahmi berkata...

salam cikgu,
tahniah atas usaha cikgu sgt b'guna bg cikgu y tak berapa nak pandai mcm saya, mohon keizinan cikgu utk sy m'ggunakan pantun cikgu, mg cikgu sntias m'dpt keberkatan dunia & akhirat!

Shahrizal berkata...

saya minta izin untuk menggunakan pantuin cikgu in untuk majlis saya terima kasih .

JihaNaJiha berkata...

mohon izin copy pantun...<3 this pantun....

JihaNaJiha berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
Saya ingin meminta izin dan menghalalkan...untuk saya menggunakan pantun cikgu....
Terima kasih yang tidak terhingga...

putri berkata...

trima kasih cikgu..mohon diizinkan untuk saya menggunakan pantun ini bagi majlis mlm esok...tq

ummi muslim berkata...

assalamualaikum
tq, paparkan pantun ni di blog, izin untuk saya ambil beberapa rangkap pantun untuk majlis anugerah kecemerlangan pelajar sekolah saya,

ummi muslim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ummi muslim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ummi_R❀salici❀us berkata...

mohon guna juga untuk majlis debat...
terima kasih daun keladi
kalau ada lebih nak lagi! hehe :P

Fadly berkata...

Saya mohon izin menggunakan pantun tuan dalam majlis yang bakal saya acarakan. Satu usaha murni... Tahniah dan semoga mendapat balasan baik dari Allah..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cikgu, saya mohon izin utk memanfaatkannya

phatgurl berkata...

Terima kasih cikgu kerana memberi inspirasi. Saya minta izin untuk guna 2 buah pantun cikgu dalam skrip mc saya malam ini. Semoga cikgu diberkati Allah.

Adlin's Kerepek Shoppe berkata...

Salam, Cikgu....

Saya mohon utk guna pantun cikgu yer...kebetulan plak dpt tugas mengacara majlis..

Terima kasih daun keladi

||Narumi|| berkata...

Asslamualaikum, minta izin untuk menngunakan pantun-pantun ini.
Terima kasih

aliaadon berkata...

assalamualaikum =) saya nak minta izin guna pantun-pantun cikgu untuk lancarkan ucapan saya ye. terima kasih =)

cikgu ayil berkata...

Cikgu, seperti rakan-rakan yang lain, saya pun mohon izin nak guna pantun cikgu ye. terima kasih.

muhammad zul berkata...

syabas & tahniah cikgu. pantun2 yg sgt indah & sgt membantu. mudah2an sentiasa dikurniakan ilham oleh Allah swt. Minta izin guna pantun2 cikgu untuk saya mengacara majlis. Assalamualaikum wbt.

ajeed berkata...

pantun tuan sangat berguna, pantun tuan mendapat sambutan. Semoga tuan mendapat ganjaran dari Allah taala. Saya juga tak ketinggalan suka membaca pantun tuan

mysound entertainment berkata...

Terima ksih Cikgu dgn rangkaian pantun yg sangat berguna,tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan....wasallam.

Muhamad Fikri Zaini berkata...

salam cikgu...

Saya mohon izin untuk menggunakan beberapa pantun cikgu untuk acara majlis Makan Malam bersama Menteri Besar N.Sembilan. Terima kasih jika diizinkan.

Fikri, USM Penang...

Unknown berkata...

salam ckgu,mohon izin untuk digunakan dlm ucapan undangan perkahwinan ye ;)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Salju Sakura berkata...

tq saya dah pakai utk majlis membantu sangat2

Unknown berkata...

Assalamualikum. Pantun-pantun yang cikgu paparkan ini memang hebat-hebat belaka. Mohon izin untuk saya gunakannya dalam teks pengacaraan saya. Terima Kasih Daun Keladi.

mie berkata...

assalamualaikum cikgu, tahniah & syabas diucapkan kpd cikgu kerana berjaya menghimpunkan pantun2 yg baik & blh digunakan dimajlis yg bersesuaian, sy mohon kpd cikgu utk menggunakan pantun didalam teks pengacaraan sy...t kasih.

Mike abdilah berkata...

Terima kasih pantunya gan,,
semoga mkin sukses dengan koleksi pantun yang lebih banyak lagi...

sue berkata...

mohon digunakan utk majlis makan malam penutupan ya cikgu..terima kasih.. =)

zainah berkata...

slm. mohon menggunakan beberapa rangkap pantun untuk mjls di sekolah. selalunya saya reka sendiri tapi kali ni x sempat. dari juaseh ke tanjung minyak, terima kasih banyak2...

syafiyyah thoqifah berkata...

assalamualaikum cikgu..
sya mohon gunakan beberapa rangkap pantun yg cikgu post tu utk kegunaan peribadi saya,..harap cikgu halalkan ye..syg cikgu sgt2,.

NorPPDRompin berkata...

Assalamualaikum,kepada cikgu, saya ucapkan terima kasih diatas pantun yang ditulis.Mohon halalkan ilmu berpantun kerana ada beberapa pantun akan saya gunakan nanti.

Unknown berkata...

Assalamualaikum cikgu....
Mohon izin untuk share pantun-pantun cikgu ni..terima kasih

amsyah0130 berkata...

Slm cikgu.. Time ksh share pantun2 ni at least dpt bantu sy xpecially utk mjls mlm ni. Mohon izin utk guna ye cikgu. Mg Allah m'bls sgala usha murni cikgu dunia akhirat. Amin...

Tanpa Nama berkata...

salam cikgu,

mohon keizinan menggunakan beberapa rangkap pantun cikgu di majlis. Pantun ini semuanya sedap-sedap belaka. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

salam cikgu,

mohon keizinan cikgu menggunakan beberapa rangkap pantun cikgu yang sedap-sedap belaka di majlis sekolah saya. Terima kasih.

Unknown berkata...

terima kasih pantunnya cikgu, saya minta beberapa boleh ye.

Unknown berkata...

Assalam Cikgu.. Mohon menggunakan beberapa rangkap pantun yg dihasilkan... terima kasih... semoga terus berkarya..

alif_maha berkata...

salam...mohon share..tq

zo berkata...

as salam.

mohon untuk gunakan pantun ini. terima kasih.

Unknown berkata...

assalamualaikum...mohon guna & simpan bait-bait pantun ini ye...terima kasih :)

Unknown berkata...

Terima kasih Puan di atas perkongsian ilmu...mohon untuk digunakan dalam tugasan sebagai mc

Sal berkata...

mohon copy and paste pantu cikgu. Jazakallah

akalbudi berkata...

jasa baik cikgu menyusun bait-bait pantun ini amat membantu sahabat-sahabat diluar sana. Semoga Allah memberkati cikgu dan memudahkan juga segala urusan cikgu lantaran cikgu banyak membantu orang lain. Amiiin

Ariska Fifiyani berkata...

orang pandai membagi ilmu, biarlah berkah dalam hidup. orang tak pandai, mohon belajar..

tumpang lalu cikgu nak copy pantun kejap buat acare...

terima kaseh banyak cikgu..

Ariska Fifiyani berkata...

tumpang copy cikgu

makaseh cikgu

Unknown berkata...

Tumpang copy cikgu..terima kasih...

Nur Amirah berkata...

terima kasih di atas pantun yg sangat awesome. adib sangat gembira kerana melihat pantun yg sangat awesome and the best ini. keep it up ! FIGHTING ! :DDD

Unknown berkata...

Minta copy ye tt. Thanks a lot.
Dari 2008 duk bejase, respek lah..

kay berkata...

Terima kasih sebab pantun ini sangat sesuai untuk majlis, mohon copy dan guna pantun cikgu ni.

Unknown berkata...

assalamualaikum..mohon keizinan copy pantun cikgu..pantun cikgu banyak bantu dalam teks mc saya..

hanizahidris berkata...

bagus pantun tu.Saya mohon ambil pantun ini mungkin satu hari diperlukan

hanini berkata...

Assalamualaikum..tahniah kerana cikgu berjaya menghasilkan koleksi pantun yang menarik dan amat membantu mereka yang bertugas menjadi pengacara. Saya juga minta izin nak guna pantun cikgu dalam majlis rasmi di tempat kerja saya harini. Terima kasih......

nurul aisyah berkata...

Assalamualaikum. Mohon guna pantun cikgu untuk majlis-majlis di jabatan saya.

Unknown berkata...

salam...mohon izin guna pantun cikgu...thanks..

DENILYD berkata...

Mohon izin guna pantun yea cikgu. Terima kasih.

Unknown berkata...

mohon copy dan guna pantun cikgu ni.
tuk mc.syukron...

moga cik gu diberikan kesehatan lahir dan bathin,

Aamiin..

Unknown berkata...

kami suka pantun2 anda, dan kami juga mengucapkan banyak terima kasih

Unknown berkata...

terima kasih cikgu, di mlam ini saya akan menempilkan tausiah" sya dengan menggunakan pantun2

Unknown berkata...

Salam Sejahtera, mohon cikgu dapat memberi pantun ucap tahniah dan pantun untuk majlis perkahwinan sebagai rujukan. Daun selasih daun keladi, terima kasih dan jumpa lagi...

Unknown berkata...

banyak banyak terima kasih lah, tetapi boleh tak saya gunakan pantun pantun di atas ini?

Unknown berkata...

Terima kasih atas perkongsian ini.. izinkan saya gunakan pantun-pantun ini utk teks pengacaraan majlis..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Mohon dipetik dua rangkap pantun cikgu untuk saya ucapkan ketika perhimpunan bulanan besok. Terima kasih.

designaar berkata...

Assalamualaikum cikgu. Sungguh indah dan puitis rangkapan pantun cikgu. Mohon Iain saya gunakan untuk majlis rasmi malam ink.

Unknown berkata...

tahniah cg... hebat pantun anda.. mohon dikongsi...

HAMILAH HAS berkata...

Assalamualaikum cikgu. Terima kasih kerana sudi berkongsi pantun dalam ruangan ini.Harap cikgu izinkan saya menggunakan pantun cikgu untuk memeriahkan majlis yg saya ditugaskan sebagai mc.terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

mohon untuk untuk pantun cikgu ni. Terima kasih ya.

Unknown berkata...

nak minta izin untuk guna pantun2 untuk buat teks pengacara majlis pesta pantun.

Unknown berkata...

terima kasih.. mahon minta guna koleksi pantun untuk majlis esok.. ^.^

Unknown berkata...

alhamdulillah...sy mohon izin utk guna pantun cikgu dlm majlis MC sy nanti :-) hea

nafs almuthmainnah berkata...

mohon izin gunakan pantun yer..Allah jua yang membalasnya cikgu..

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan, saya mohon izin untuk menggunakan pantun-pantun dalam teks pengacaraan saya

MELAKA DIHATIKU berkata...

cikgu,saya mohon untuk share pantun-pantun ni ya..tq..

Unknown berkata...

salam...

indah pantun dari cikgu..saya mohon izin untuk menggunakan pantun ini bagi tugasan saya sebagai pengaca majlis pada hari esok...terima kasih..

Unknown berkata...

salam cikgu.
pantun-pantun cikgu amat berguna.
saya mohon untuk guna sesetengah pantun tu dalam majlis ye..

terima kasih jika diizinkan

Chantek Oilers berkata...

ASSALAMUALAIKUM...
Saya mohon untuk copy pantun cikgu untuk majlis rasmi minggu hadapan..doakan saya smoga bjaya jd MC untuk ptama kalinya...amin..

Unknown berkata...

Assalamualaikum..saya mohon izin menggunakan beberapa pantun cikgu, satu usaha yang membanggakan utk menceriakan majlis rasmi.Terima kasih.Wassalam.

Unknown berkata...

Mohon Keizinan Tuan, menggunakan Pantun Majlis ini. Sunggauh menarik.

SK IBOI PELANDUK berkata...

Assalamu'alaikum Cikgu,

Satu usaha yang banyak membantu. Syabas dan tahniah buat cikgu. Mohon keizinan utk saya memanfaatkan usaha cikgu ini. Moga diberkati Allah..
Amiiinnn...

Zedi Rahman berkata...

Assalam tuan... Minta izin nak guna boleh yer. TQ

WangsaSetia berkata...

Assalammualaikum.. mohon izin Cikgu guna pantun pantun itu. Terima kasih

rashid berkata...

Assalam Tuan..mohon izin digunapakai pantun tuan utk majlis makan malam MPSM Johor 2015. semoga usaha murni tuan dirahmati Allah.

rashid berkata...

Assalam Tuan..mohon izin digunapakai pantun tuan utk majlis makan malam MPSM Johor 2015. semoga usaha murni tuan dirahmati Allah.

«Lebih lama ‹Lebih lama   1 – 200 daripada 256   Terbaru› Baru»