Khamis, 24 Julai 2008

PANTUN MAJLIS

PANTUN PEMBUKA ACARA

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Jejaran mengkudu berbias kesuma,
Di celah angsana di Tanah jawa;
Ucapan aluan pembuka bicara,
Di dewan gemilang kita bersua.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Sebelum pelang mengail ikan;
Kehadian tuan, kami alukan,
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

Mawar di taman mekar nan indah,
Harum mewangi di rumpun serai;
Terukir senyuman pembuka kalimah,
Selamat datang tuan dirai.

Burung tempua hinggap merata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mula kata,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bunga gantang di jeti Peramu,
Indah warnanya bagaikan bara;
Selamat datang para tetamu,
Dengan izin dimulakan acara.

PANTUN BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Kalau pergi Kampung Keramat,
Jangan lupa membeli tongkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.


PANTUN JEMPUT MAKAN

Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Terbang rendah burung tempua,
Hinggap berdua di dahan ara;
Hidangan di meja sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

Batu Feringgi pantainya indah,
Ramai pelancong ke Bukit Bendera;
Majlis kita selesai sudah,
Kini masanya menjamu selera.

PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN

Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Kumbang terbang di pinggir pekan,
Terbang seiring ke pohon ara;
Ucapan sejahtera salam mulakan,
Bagai tanda mulanya acara.

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Indah ciptaan di waktu senja,
Mentari muncul merah menyala;
Salam disembah memula acara,
Selamat datang kepada yang ada.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

PANTUN JEMPUTAN UCAPAN

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

PANTUN UCAPAN PERASMIAN

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

PANTUN DI AKHIR MAJLIS

Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh tepi jambangan;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Kuih bahulu tradisi kita,
Ketupat rendang pembuka selera;
Tangan dihulur maaf dipinta,
Agar ukhwah terjalin mesra.

PANTUN BUAT WARGA EMAS

Bulan purnama ke pekan Kuah,
Di tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harum mewangi.

Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.

Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu.

Anak dara ke Tanjung Batu,
Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.

Bukan gua sebarang gua,
Gua penuh pusaka bonda;
Bukan tua sebarang tua,
Tua penuh ilmu di dada.

Pergi ke Nilai membeli jamu,
Jamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.

Tidak goyah pancang seribu,
Tika masih badai menderu;
Engkau ayah engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.

Pohon beringin tepi keramat,
Dengar siulan diufuk barat;
Kalau ingin hidup selamat,
Buat bekalan untuk akhirat.

Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.

Pintal kapas menjadi benang,
Tenun benang menjadi sari;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang meracun diri.

Pohon senduduk baru di tanam,
Sayang mati di pijak pak tani;
Dari duduk baik bersenam,
Senang hati sihat jasmani.

Apa guna siparang panjang,
Kalau tidak dengan tujuan;
Apa guna berumur panjang,
Kalau tidak dengan amalan.

Timba suasa ditepi kali,
Buat menyimbah si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri.

Betik muda buat halwa,
Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa.

256 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 256 daripada 256
Unknown berkata...

terima kasih atas pantun-pantun di atas. sangat membantu!! moga diberkati hendaknya. :)

Rozanah Zakaria berkata...

Salam. Mohon guna pantun cikgu ye. Saya ada majlis di sekolah saya. Terima kasih.

Rozanah Zakaria berkata...

Salam. Mohon izin untuk guna pantun cikgu ye, untuk majlis di sekolah saya. Terima kasih.

Rozanah Zakaria berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Salam cikgu
Mohon izin menggunakan pantun koleksi tuan. Moga diberkati usaha murni cikgu. Terima kasih

Unknown berkata...

Assalamualikum.. saya mintak izin guna pantun. tqvm

Unknown berkata...

assalam cikgu... asyik membaca blog cikgu ... banyak info juga ilmu yang amat bermanfaat buat tambahan ilmu saya... mohon untuk berkongsi bagi saya manfaat kan ... di doakan moga menjadi sadakatul jariah d atas ilmu ini ... buat cikgu d sana nanti... insyaAllah... syukran jazilan cikgu.

Unknown berkata...

sangat puitis pantun yang diberikan.....mohon guna ye untuk mempelbagaikan pantun yang saya ada.....tQ

ROSA1986 berkata...

assalamualaikum "

mohon izin tuan utk menggunakan pantun tersbut bagi program saya . indah sungguh susunan katanya. terimakasih.

fatimah berkata...

terima kasih ya...saya moohon halalkan pantun yg saya ambil ini untuk kegunaan majlis...

Unknown berkata...

Assalamualaikum, syabas dan tahniah kerana memartabatkan pantun Melayu. Mohon boleh dimanfaatkan. Terima kasih...

Nik Zam NW berkata...

Terima kasih cikgu.. mohon kebenaran utk memanfaatkan ia sebaik mungkin

Noor Asri Mohamed berkata...

Saya mohon izin menggunakan pantun tuan dalam majlis yang bakal saya acarakan. Satu usaha murni... Tahniah dan semoga mendapat balasan baik dari Allah.

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu atas pekongsian.

maizan berkata...

Assalamualaikum Tuan,saya mohon untuk menggunakan pantun tuan untuk mempengerusikan majlis. Semoga perkongsian tuan mendapat berkat daripada Allah..aamiin. terima kasih.

Lushikukutefu Lumomoarichikushi berkata...

Cikgu! Saya Freedy ingin meminta izin untuk menggunakan pantun cikgu untuk makan malam.Doakan saya agar saya dapat melakukna yang terbaik untuk menjadi MC yang baik... Terima Kasih.

Farrah Wahida berkata...

Assalammualaikum,terima kasih Cikgu Zahid atas perkongsian pantun nukilan Cikgu.Semoga Cikgu Zahid menjadi pendidik yang berjaya dunia dan akhirat dan sentiasa bermotivasi.

Unknown berkata...

Pantun cikgu memang menarik. bahasa yang tersusun indah.. saya mohon kebenaran cikgu untuk menggunakan pantun cikgu bagi menghiasi majlis-majlis ketika menjadi emcee.

APAkataALYAA berkata...

boleh saya guna untuk buku program? Terima kasih yaaa

Unknown berkata...

Assalamualaikum... mohon izinkan saya menggunakan pantun-pantun diatas untuk majlis ceramah.. Dan terima kasih atas perkongsian ini..

Unknown berkata...

Mohon guna pantun cikgu

Unknown berkata...

assalammualaikum. saya minta izin untuk menggunakan pantun cikgu yee. pantun cikgu power2. terima kasih. :)

Unknown berkata...

Assalam...mohon izin utk saya menyimpan dan menggunakan pantun tuan utk digunakan sebagai pengisian dalam mengacarakan majlis...terima kasih..

HERMY berkata...

terima kasih dengan koleksi pantun yang menarik ini..sangat2 membantu saya

Unknown berkata...

Assalamualaikum Cikgu, . saya ingin minta izin menggunakan pantun cikgu untuk tugasan saya sebagai MC dan mengggunakan pantun cikgu untuk rujukan..terima kasih.

ComelRoomMelaka berkata...

Assalamualaikum,

MOhon izin untuk menggunapakai pantun pantun cikgu untuk majlis rasmi, semoga memdapat keizinan tuan, terima kasih

Azlan berkata...

Assalammualaikum En.Zahid. Terima kasih diatas perkongsian pantun tuan. Saya mohon izin menggunakan pantun tuan untuk majlis saya. Semoga Allah S.W.T menambahkan lagi ilmu tuan.. Aamiin...

Unknown berkata...

Assalammualaikum cikgu.. Terima kasih atas perkongsian pantun yang indah.. Mohon izin untuk saya gunakan.. Semoga usaha cikgu mendapat rahmat dariNya..

baekieyshia berkata...

Assalam cikgu ,
mohon share yer nak guna kat sekolah as mc.

terima kasih byk byk ..hanya Allah jua yg dapat membalas budi cikgu

Unknown berkata...

Asslammualaikum cikgu shere cantik indah pantun majlis ini

Unknown berkata...

Mohon izin untuk guna pantun juga ya.

Unknown berkata...

Best la baca pantun cg. Dan pntun cg juga memudahkan saya. Terima kasih cg. Tapi cg kalau cg tambah sikit ad pantun cabutan bertuah. Lagi bagus. Terima kasih cg 😆😆

inna berkata...

assalamualaikum..izin copy,guna dan sahre.tq

Zuan berkata...

Assalam tuan izinkan saya utk menggunakan pantun tuan

Unknown berkata...

Mohon izin say menggunakan pantun anda nak manjamu majlis.

Unknown berkata...

As'salam tuan.. Minta izin nak guna boleh yer

Unknown berkata...

Assalamualaikum Cikgu
Pantun di susun begitu teratur amat mudah untuk di pilih...besarnya jasa cikgu kpd kami khasnya yg ingin megacara majlis amat bermanfaat
Ribuan terima kasih berkongsi ilmu

anasyangcakap berkata...

Assalam cikgu, terima kasih.. Saya minta izin ubtuk gunakan pantun cikgu di dalam tugasan saya :))

khilafahkelate.blogspot berkata...

Mohon sembah mula bicara
Mohon ilmu dari hmba diri yg hina
Mohon guru ijazahkan halalkan hmba berbicara sendi kata milik tuan guru
Smoga majlis raja sehari besok hari di warkah barokah Yang Esa...

Honey Homemade Cake & Cookies berkata...

izinkqn saya untuk menggunakan pantun ini dalam syarahan saya ya cikgu

Cik qaira berkata...

syukriya.. sangat membantu ;)

Bisha Insaan berkata...

terima kasih. terbaik

Intan berkata...

Mintak izin nk guna pantun cikgu untuk majlis harini. Trima kasihh

Chedd eddie Yusoff berkata...

terima kasig , mohon izin guna untuk majlis

Unknown berkata...

Ia ,,,, alhamdulillah ....aamiinn!!🤲🤲🤲🤲🤲

ALIODIN berkata...

Terima kasih. Mohon izin untuk manfaat usaha ini.

mazzaini bt muda berkata...

assalamualaikum.
Izinkan saya ambil beberapa rangkap pantun tuan unt majlis pelancaran minggu bahasa

Unknown berkata...

Mohon share ye Tuan..terima kasih

Ashraf berkata...

Salam tuan, terima kasih dan mohon halalkan pantun-pantun ini ya.

Sahak Amihan berkata...

Assalamualaikum tuan minta izin nak guna kan boleh yer terima kasih semoga Allah SWT merahmati n sihat walafiat selalu Aamiin

Sahak Amihan berkata...

Assalamualaikum tuan izin kan saya guna kan pantun tuan terima kasih semoga Allah SWT merahmati n dibernudahkan segala urusan Aamiin

Unknown berkata...

Assalam tuan. Minta izin guna pantunnya. Tq

namirah berkata...

Terima Kasih.. Sgt berguna

Unknown berkata...

Minta izin guna ye..terima kasih..2020

Unknown berkata...

Assalammualaikum... Saya mohon izin untuk guna beberapa pantun yer... Terima kasih. Moga tuan beroleh kebaikan atas ilmu yg diberi... Aaminn...

nonie berkata...

Salam cikgu,

Mohon keizinan cikgu untuk saya menggunakan pantun majlis ini.

Terimakasih,
Nonie

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 256 daripada 256   Terbaru› Baru»