Sabtu, 4 Oktober 2008

MENGIMBAU NOSTALGIA 3


UNIT BERUNIFORM MPIP 88


KAMI JOHAN PESTARAMA 88


UNIT E4 1988


KAWAN KARIB DI MPIP 1987-1989

MENGIMBAU NOSTALGIA 2


AIDILADHA 88 MPIP UNIT E


GERKO BADMINTON 88 MPIP UNIT E


PERBAMA 88 MPIP UNIT E


PESTARAMA UNIT BERUNIFORM 1988
AIR KERUH MELAKA

Jumaat, 3 Oktober 2008

MENGIMBAU NOSTALGIA 1

UNIT E4 MPIP 1987


KELAS E4 MPIP 1987

E4 MPIP 1988

PASUKAN KOMPANG UNIT E MPIP 1987-1989

Rabu, 1 Oktober 2008

SALAM AIDILFITRI BUATKU

2001

2004

1990


Jauh mana ….
Jarak kita ….
Lama mana ….
Pun tak jumpa ….
Kita TETAP ….
Pandang Anak Bulan yang sama.
Daripada Yusraini sekeluarga

Ya Allah,
Penerima masej ini sahabatku,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria,
Ampunkanlah dosanya sekeluarga,
Murahkanlah rezekinya sentiasa,

Ya Allah,
Silaturrahim kami ukhwah Islamiah,
Bermusuh kami nauzubillah,
Perpisah kami, maut …. Insyaallah,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukanlah semua kami diTaman Firdausi-Mu,
Daripada Zulkifli Mohd Zain sekeluarga

Ramadhan baru berlalu
Terlalu pilu membiarkan dirimu pergi wahai Ramadhan,
Apakah mungkin Ramadhan mendatang akan dapat bersamamu lagi,
Ya Allah,
Kupanjatkan doa,
Agar Ramadhan kali ini bukanlah yang terakhir buatku.
Daripada Amaludin sekeluarga

Malam hari pasang pelita,
Agar terang disinari cahaya,
Tangan dihulur maaf dipinta,
Selamat hari raya moga gembira,
Daripada Suhaimi sekeluarga

Salam Aidilfitri,
Tiada PERMINTAAN yang terindah selain dari maaf,
Tiada PERBUATAN yang termulia selain MEMAAFKAN,
TUTUR KATA kekadang tak terjaga,
JANJI kekadang tak ditepati,
HATI kekadang berprasangka,
SIKAP kekadang menyakitkan,
Dengan menjelangnya SYAWAL yang yang mulia ini,
Ku mohon sesungguhnya ampun dan maaf
Jika ada salah dan silap
Daripada Noorhafiza

Jika kesilapam semalam belum terampun MAAFKANLAH,
Jika kesilapan hari ini menyakitkan harap LUPAKANLAH,
Jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat,
Daripada Mohd Yasak Ibrahim

Ampun dan maaf andainya ..
TERkasar bahasa ..
TERsilap bicara ..
TERmarah yang tak kena ..
TERtanya yang tak tentu hala ..
TERpukul kat mana-mana ..
TERpekik di telinga ..
TERhantuk di kepala ..
TERpinjam harta benda ..
TERmoody tak semena-mena ..
TERumpat bila-bila ..
TERmacam-macam lagi yang kena-mengena ..
Semoga dimaafkan ..
Daripada Mohd Adli Abdullah Sani sekeluarga

Di dalam kerendahan HATI,
Ada ketinggian BUDI,
Dalam kemiskinan HARTA,
Ada kekayaan JIWA,
Dalam senda gurau,
Ada khilaf dan dosa
Dari Ahmad Murad sekeluarga

Biar renggang di fana dunia,
Biar hina di mata manusia,
Biar semangat semakin tua,
Biar harta semakin tiada,
Biar akal semakin berusia,
Biar jauh kedudukan kita,
Biar jurang pangkat kita,
Jangan tergadai silaturrahim antara kita.
Daripada Azli sekeluarga

Isnin, 22 September 2008

Anakku Manja

Nur 'Aisyah Zahraa binti Zahid
(2007)
Terima kasih daripada
Nur 'Aisyah Zahraa binti Zahid
(2006)
Anakku menerima Carakerja di HoSHAH Temerloh
Nur 'Aisyah Zahraa binti Zahid
(2006)

DI PENGHUJUNG RAMADHAN INI

Di penghujung Ramadhan ini
berbagai ganjaran telah dijanji
berbagai kerahmatan telah kudengar
berbagai kesukaan telah diperlihat
berbagai kenikmatan telah disaji

Di penghujung Ramadhan ini
namun aku masih mendengar
suara-suara sinis
melemparkan kata-kata nista
mengadu domba sesama manusia
maki hamun dan sumpah seranah

Ke manakah agaknya tasbihmu
mengapa bibir-bibir itu tidak berzikir

Di penghujung Ramadhan ini
namun aku masih melihat
kemungkaran dan kemaksiatan
kedurjanaan hawa nafsu
melanggari iman dan takwa

Ke manakah agaknya Quran dan sajadahmu
ke manakah rehal dan telekungmu
mengapa jiwa-jiwa resah tidak bertaubat
mengapa hamba-hamba Allah engkar bersolat

Di penghujung Ramadhan ini
namun aku masih disajikan dengan sejarah lalu
dendangan Dendang Perantau masih sering dimainkan
anak rantau akan pulang membawa seribu satu berita
menjalar di pinggir laman rumah kereta baru

Di penghujung Ramadhan ini
namun jarang sajian sedekah dan amal jariah
masjid dan surau telah mula surut
mengapa insan-insan mulai alpa
adanya insan-insan daif di ceruk sana
menagih simpati dan tawa mesra

Di penghujung Ramadhan ini
aku menghitung sendiri diriku ini
apakah aku juga seperti mereka
mungkin hanya pandai berseloka
mungkin aku juga serupa

Di penghujung Ramadhan ini
aku memohon maaf zahir dan batin
kepada sesiapa sahaja yang mengenaliku
kerana aku tahu aku juga manusia biasa.

Nukilan
Muhammad Zahidil Zahid

Jumaat, 19 September 2008

MASIHKAH INGAT LAGI

Di pinggir kali desaku nun jauh
Kampung Sepinang, Segamat, Johor
meragau-ragau mencari seluang
rimbunan keladi menjanjikan ubi.

Kanak-kanakku berlari ke sekolah
menusuri barisan getah
berkaki ayam .

Kedaifan hidup ke Felda mengikut keluarga
ke Jengka Satu
bertemu kawan baru
di tanah rancangan baru teroka.

Waktu itu belajar kerana ilmu
belajar bersungguh-sungguh
nanti keluarga malu
nanti boleh jadi guru.

Kawan-kawanku gemilang belajar di asrama penuh
aku cuma melangkah ke ABS Temerloh
belajar dan belajar
jauh dari bonda.

Namun lama juga di situ hingga Tingkatan 6 Sains
Konon nak jadi doktor tatkala di SMKT.

Tapi aku tidak terlalu bijak
Aku cuma ke Maktab Perguruan Ipoh
Meneruskan cita-citaku menjadi guru.

MPIP itu maktabku
Usia remaja gelora dengan semangat
Aku berkenalan dengan sidia
Kini isteriku tercinta.

Kami sama-sama guru
dan lewat dekad yang lalu aku ke universiti
UM tempat belajarku
sebagai graduan ijazah ku miliki.

Tetapi aku terus bertanya
masih ingatkah lagi akan aku
kawanmu suatu ketika dulu
sewaktu kecil
sewaktu kanak-kanak
sewaktu remaja
kerana kini aku telah dewasa.

Masih ingatkah lagi siapa aku
terus menanti sapaan darimu
kawan-kawanku.

Nukilan

Muhammad Zahidil Zahid