1 Mei menjadi pencerita si tukang kerja
Katanya, bukan bercuti cuma rehat seketika
Bukan tidak bekerja tapi mengisi kelapangan masa
Kerana sejarah memang mengakui
Bekerjanya kita membangun Negara
Bekerjanya kita membela bangsa
Bekerjanya kita menyara keluarga
Bekerjanya kita sebagai satu jasa
Membina nama sebagai si tukang kerja
Hari ini si tukang kerja tertutup ceritanya
Apabila lambaian tetangga membisik ceria
Kita bukan tidak bekerja kerana usia
Kita bukan tidak bekerja kerana bencana
Kita bukan tidak bekerja kerana terpaksa
Namun, hari ini sememangnya istimewa
Segenap manusia meraikannya
Menjadi lambang menjadi jiwa
Senada satu dunia
Hari ini Hari Pekerja
NUKILAN
MUHAMMAD ZAHIDIL ZAHID
Tiada ulasan:
Catat Ulasan