Rabu, 11 Ogos 2010

GAZA

Gaza
engkau disirami kasturi
titisan darah dan nanah
anak peribumi dan insan simpati

Gaza
engkau ditaburi kemboja
berbekal nyawa dan keringat yang ada
biar peluru dan bedil merobek dada

Gaza
engkau direnjis mawar
berperisai iman dan takwa
melempar ketulan batu menuntut bela

Gaza
aku tahu bayumu debu-debu kering
bergaul tulang dan daging garing
membuak hanyir darah dan nanah perwira
mengumpul masa dan menanti ketika
melonjak semangat watan
mengembling putera puterimu bersatu
di bawah panji-panji Gaza.

Nukilan Muhammad Zahidil Zahid

2 ulasan:

Teh Ban Leng'88 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kyox berkata...

amat tertarik dengan nukilan ini...kagum dengan cara tuan menggunakan bunga untuk menggambarkan kekejaman perang...nukilan yg amat bagus!