Selasa, 2 September 2008

Belajarlah

Belajarlah,
kerana pelajar mesti belajar bukan main-main
kerana pelajar belajar bukan kurang ajar
kerana guru mengajar bukan tak ajar
kerana guru diajar untuk mengajar.

Belajarlah,
orang yang belajar akan lebih tahu
orang yang belajar akan sangat tahu
orang yang belajar sering diberitahu
orang yang belajar sentiasa ambil tahu.

Belajarlah,
daripada kesilapan lalu
daripada kekurangan lalu
daripada kebiasaan yang lalu
daripada kelemahan yang lalu-lalu.

Belajarlah,
supaya lebih berjaya
supaya lebih bahagia
supaya lebih sejahtera
supaya lebih segala-gala

Belajarlah,
mengisi ruang-ruang lompong
mengisi masa-masa senggang
mengisi dada-dada kosong
mengisi minda-minda beku
dengan ilmu, amal dan takwa.

Maka belajarlah,
menyayangi
menghargai
memahami
menguasai
mengasihi
diri sendiri
keluarga
negara.


Nukilan Muhammad Zahidil Zahid

Tiada ulasan: