Jumaat, 11 Julai 2008

Apa itu PPBK?

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Kita mungkin tidak sedari bahawa PPBK telah lama diperkenalkan, namun hanya segelintir tenaga pengajar mengaplikasikannya.

Sesungguhnya, Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilaksanakan secara terancang dan akan menghasilkan pembelajaran dilakukan dengan menggunakan perisian khusus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu.

Berdasarkan keberkesanan yang sedia diketahui maka, berikut ialah jenis atau teknik PPBK yang diadaptasi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Tutorial
Berguna untuk mempersembahkan bahan pengajaran yang baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun (Alessi dan Trollip, 1991) dan bertindak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran. Pelajar boleh belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka jika tutorial dibangunkan dengan baik.

Tutorial turut digunakan dalam latihan (Scheafermeyer, 1990), pengukuhan dan penyelesaian masalah (Alessi & Trollip, 1985) serta untuk mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks juga video dan audio yang mampu merangsang pelajar.

ii. Latih Tubi
Latih tubi dilaksanakan untuk menilai pemahaman pelajar atau pengukuhan dan dilaksanakan secara kendiri. Pelajar diberi beberapa soalan manakala komputer akan memberi maklum balas berdasarkan jawapan mereka.

Alessi dan Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan yang sesuai secara pilihan rawak

iii. Permainan
PPBK yang semakin popular masa kini dengan mengguanakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat pelajar menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.

Dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran (MacFarlane & Sparrowhawk, 2002).

iv. Simulasi
Didefinisi sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi. Pelajar berpeluang untuk menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis dan memahami kesan sesuatu tindakan terhadap sesuatu sistem atau keadaan sebelum menghadapi sesuatu keadaan sebenar.

Pengunaan simulasi selepas sesuatu pengajaran akan mengukuhkan pemahaman pelajar dan dapat memperbetulkan kesilapan persepsi yang mungkin diperolehi semasa pembelajaran sebenar.

v. Tunjuk Cara
Berguna untuk menunjukkan kepada pelajar sesuatu prosedur. Pelajar boleh memahami sesuatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan sebenar. Lebih-lebih lagi melibatkan sesuatu proedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan, berbahaya atau terlalu kompleks.

Penggunaan beberapa gambar bersiri, simulasi atau animasi boleh digunakan untuk kaedah ini. Perlakuan secara interaktif, latihan berulang kali sehingga mahir dan lebih yakin diberi kepada pelajar sebelum melaksanakannya sesuatu prosedur dalam keadaan sebenar.

vi. Ujian
Guru boleh mengukur dan menilai pencapaian pelajar dengan semerta. Soalan-soalan jenis objektif, isi tempat kosong, padanan, benar- salah dan sebagainya sesuai digunakan bagi PPBK ini.

Pelajar akan mendapat maklum balas terhadap pencapaian mereka dengan serta merta dalam situasi terkawal. Pencapaian didiagnogsis untuk menilai pencapaian pelajar dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan mengesan kelemahan pelajar dan kenal pasti tindakan seterusnya dalam merangka pembelajaran yang sesuai untuk pemulihan.

Dengan ini fikir-fikirkanlah, adakah anda seorang guru yang mengaplikasikan PPBK.

Guru Bahasa Melayu 2008
Kelompok Jengka

4 ulasan:

AchikKini berkata...

Assalamualaikum.

Terimakasih atas bahan yang disediakan. Kebetulan saya sedang mencari bahan untuk tugasan TMP Kohort 7(oum).Dan kebetulan juga saya dan suami pernah mengajar di Jengka. Terimakasih sekali lagi.

Ummi Syakir berkata...

Minta panduan .Bagaimana nak muat turun PPBK?

loladyna berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
loladyna berkata...

salam..minta panduan ..saya adalah bakal guru..dan sekarang tengah mencri maklumat mengenai projek akhir saya pasal 'penerimaan guru pelatih terhadap PPBK dlm mengajar mathematics ...encik tahu tak dimana saya bole mencari instrument mengenai topik ini.