Menitis-nitis gerimis
berderu hujan
Memecah sunyi membelah
sepi
Sidang katak berlagu
riang
Nyanyian nyaring bernafsu
girang
Rimanya hampir senada
Ada pelambangan nyata
Ada cerita bahagia
Ada peristiwa duka
Ada kisah derita
Ada gurau senda
Ada berita semasa
Ada dongeng dalam
teater
Tak perlukan hotel 5
bintang
Tak perlukan tempat
seluas padang
Tak perlukan dewan
serba indah
Apatah lagi bilik
gerakan mengatur wadah
Di pinggiran tasik pun
bisa berbicara
Di tepi kolam juga mampu bercerita
Di persisiran lopak sedia berkata-kata
Di alur longkang apatah lagi nyaman berseloka
Bukan hujan yang
dipanggil
Nanti banjir satu
negeri
Bukan gerimis yang
diundang
Nanti banyak kerja tak
jadi
Bukan petir ditakuti
Tetapi perancangan
mestilah rapi
Susun strategi
Atur gerak balas
Kenal pasti kekurangan
Kenal pasti kekuatan
Katak tidak belajar
dari kesilapan
Katak juga tidak
belajar dari kebetulan
Katak belajar dari
pengalaman
Katak belajar dari
keturunan
Katak belajar dari perjuangan
Katak belajar dari
pencapaian
Katak belajar dari
kecemerlangan
Jangan pula lari tempo bila
gendang dipalu
Jangan sampai sumbang nada
bila mula berlagu
Jangan tak jadi membacuh
riuh rendah
Jangan tak ingat temu
janji kita
Berkumpul di pinggir
danau
Bertemasya di tepi
kali
Berpesta di dalam
telaga
Katak membawa kodok
berbendang
Membiar berudu membisu
Sambil disampuk
cengkerik
Dengan cerita mati
katak
NUKILAN
MUHAMMAD ZAHIDIL ZAHID