Biarkanlah Si Luncai terjun dengan labunya
Biarkanlah Mat Jenin mengungkap angannya
Biarkanlah Lebai Malang berhajat besar
Biarkanlah Pak Kaduk perasan hanya menang sorak
Biarkanlah Pak Pandir dengan kepandirannya
Biarkanlah Si Tanggang disumpah ibu
Dalam cerita
ada teladan
ada sempadan
ada peringatan
ada teguran
ada kiasan
ada pesanan
ada wira
ada seloka
ada sejarah
ada peristiwa
Jangan biarkan cerita terbiar
dimamah zaman
disimpan sebagai kenangan
Jangan biarkan cerita terbiar
dalam buku-buku
hanya kajian pengkaji ilmu
Jangan biarkan cerita terbiar
mengaku sekadar dongengan
tiada harga tak terhingga
Angkatlah daripada terbiar
Cerita-cerita hikayat
kembali kepersada rakyat
Mengisi nada-nada seni
dengan sastera bangsa
tiada setara dengannya
dari kelompok khazanah pusaka lama
NUKILAN MUHAMMAD ZAHIDIL ZAHID
Rabu, 31 Julai 2013
Rabu, 10 Julai 2013
RAMADAN BILA LAGI
Bila lagi kalau bukan kini
bila lagi kalau bukan hari ini
bila lagi kalau bukan Ramadan ini
Perbanyakkanlah solat sunat
bila lagi kalau bukan Ramadan ini
Perkayakanlah sedekah
bila lagi kalau bukan Ramadan ini
Perhebatkanlah ibadah
bila lagi kalau bukan Ramadan ini
Perkuatkanlah ketaqwaan
bila lagi kalau bukan Ramadan ini
bila lagi kalau bukan hari ini
bila lagi kalau bukan Ramadan ini
Perbanyakkanlah solat sunat
bila lagi kalau bukan Ramadan ini
Perkayakanlah sedekah
bila lagi kalau bukan Ramadan ini
Perhebatkanlah ibadah
bila lagi kalau bukan Ramadan ini
Perkuatkanlah ketaqwaan
bila lagi kalau bukan Ramadan ini
Langgan:
Catatan (Atom)