Bangunan keramat ini
menjadi saksi
Berdirinya aku
Bersedianya aku
sebagai seorang guru
Bilik-bilik darjah itu
menjadi bukti
Berbicaranya aku
Berleternya aku
sebagai seorang guru
Papan-papan tulis itu menabur
bakti
Berbatang-batang pena
Berjela-jela tercatat
nota aku
sebagai seorang guru
Ya, Allah
Rahmati segala usahaku
Ya, Allah
Berkatilah segala
usaha guru-guru
Mendidik anak-anak
bangsa
Mendidik anak-anak
muda
Agar menjadi dewasa
Kenal erti hidup di
muka dunia
Sedar erti balasan akhirat nanti
Aku tahu riak-riak
anak didikku
Aku hambat segala
kelesuan
Aku bentak segala
kemalasan
Namun banyak yang
tersenyum sipu
Bangkitlah
Kamu bukan lagi
bertatih jatuh bangun
Kamu bukan lagi
merangkak mengapai mimpi
Tapi kamu berlari
mengejar pelangi
Mencapai bintang dan
semat di hati
Wahai anak didikku
Belajar itu hukumnya
wajib
Demi agama
Demi bangsa
Demi Negara
Belajarlah
bersungguh-sungguh
Apakah bila kamu besar
nanti bakal menjadi
Seorang doktor buat gurumu ini
yang sakit-sakit
Apakah bila kamu besar
nanti bakal menjadi
Seorang jurutera buat membina
rumah guru-guru tua
Apakah bila kamu besar
nanti bakal menjadi
Seorang menteri yang mampu
membela gurumu ini
Apakah bila kamu besar
nanti hanya sekadar seorang suri
Yang mengasuh dan menghantar
anak ke sekolah seperti hari ini
Namun kalian pasti
berjaya mengharung liku-liku hidup ini
Tapi aku, ketika itu
hanya seorang guru tua
Sudah bersara
Mungkin ada yang bertanya,
Siapa
orang tua itu?
Mana mungkin aku berkata,
Akulah suatu
ketika dahulu, gurumu
Mana mungkin aku mengaku,
Berjayanya kamu
kerana aku
Mana mungkin aku boleh mendabik
dada
Aku telah berjaya
membina bangsa
Aku sedari siapa aku
Maka ampunilah salah
silap aku
Maafkanlah
keterlanjuran aku
Fahamilah akan
kekuranganku
Doa-doakanlah aku
selepas solatmu
Kerana aku hanya seorang guru
Cuma pintaku
bila kita
bertemu,
panggillah
kata hikmat buatku, C I K G U
Sekian, Selamat Hari
Guru
Nukilan
MUHAMMAD ZAHIDIL ZAHID